Memindahkan laman Bantuan:Memindahkan_laman

Untuk memindahkan laman:

  • Periksa sama ada terdapat sebarang pautan antara bahasa (interwiki). Sekiranya anda melihat pautan 'Sunting pautan' di bawah senarai pautan, anda perlu juga memperbetul senarai Wikidata yang berkaitan dengan laman tersebut.
  • Klik pautan "Pindahkan" di bahagian atas laman yang ingin anda tukar namanya.
    • Nota: kadangkala anda cuma dapat melihat butang ini sekiranya anda meletakkan penuding tetikus pada butang anak panah menu-runtuh di sebelah kotak "Cari".
    • Sekiranya langsung tidak terdapat pautan "Pindahkan" di atas laman, berkemungkinan laman itu dilindungi daripada dipindahkan, dan cuma penyelia dapat melakukannya. Hubungi mana-mana penyelia untuk itu.
  • Pilih awalan ruang nama yang sesuai daripada kotak menu-runtuh. Bagi laman dalam ruang "utama" Wikipedia (i.e. rencana), pilih "(Utama)".
  • Masukkan nama baharu laman dalam kotak di sebelahnya (secara lalai mengandungi nama asal laman). Nyatakan sebab pemindahan tersebut.
  • Klik "Pindahkan laman".
  • Jika laman itu memiliki laman perbincangan, anda akan ditanya sama ada mahu memindahkannya juga; selalunya, ya.
  • Kemas kini senarai di Wikidata jika perlu.

Memindahkan laman akan membentuk lencongan daripada tajuk lama kepada tajuk baharu. Ini memastikan pautan ke laman tersebut kekal berfungsi.